Strategi Kandungan: Kenapa Post Setiap Hari Belum Tentu Ada Strategi

Ramai orang sangka strategi kandungan bermaksud kena post setiap hari di media sosial. Asalkan ada post, mereka rasa sudah cukup untuk buat pemasaran. Sebenarnya, post tanpa perancangan bukanlah strategi kandungan. Itu hanya aktiviti tanpa arah.

Strategi kandungan ialah proses merancang, menghasilkan, dan mengurus kandungan berdasarkan matlamat bisnes supaya kandungan yang dibuat lebih bermakna, konsisten, dan mempunyai tujuan yang jelas.

Ia bukan sekadar tentang apa yang hendak dipost, tetapi tentang menghasilkan kandungan yang betul, untuk audiens yang betul, di platform yang betul, pada masa yang sesuai.

Strategi kandungan yang baik membantu bisnes mencapai sasaran audiens, mengukuhkan imej jenama, dan menyokong matlamat bisnes seperti meningkatkan kesedaran jenama, kepercayaan pelanggan, dan jualan.

Terdapat tiga komponen utama dalam strategi kandungan yang perlu difahami.

Komponen pertama ialah penghasilan kandungan.

Sebelum menghasilkan kandungan, soalan yang paling penting bukanlah “apa yang hendak dipost”, tetapi “untuk siapa kandungan ini dibuat”.

Di sinilah pentingnya memahami sasaran audiens dan persona pembeli. Sasaran audiens ialah kumpulan umum yang ingin dicapai seperti pelajar, pekerja, atau usahawan.Persona pembeli pula adalah gambaran lebih terperinci tentang audiens seperti umur, minat, tingkah laku, dan masalah yang mereka hadapi.

Apabila bisnes memahami audiens, kandungan yang dihasilkan menjadi lebih relevan. Kandungan tidak lagi dibuat berdasarkan apa yang bisnes suka, tetapi berdasarkan apa yang audiens perlukan dan minati.

Komponen kedua ialah pengedaran kandungan.

Selepas kandungan dihasilkan, ia tidak boleh dipost di semua platform secara rawak. Setiap platform mempunyai cara penggunaan yang berbeza dan jangkaan pengguna yang berbeza.

Pengedaran kandungan bermaksud memilih saluran yang sesuai untuk jenis kandungan yang sesuai.

Video pendek lebih sesuai di TikTok dan Instagram Reels. Artikel lebih sesuai di blog atau LinkedIn. Poster visual lebih sesuai di Instagram dan Facebook. Kandungan promosi pula boleh dihantar melalui emel atau aplikasi mesej.

Jika kandungan yang salah diletakkan di platform yang salah, audiens akan abaikan kandungan tersebut walaupun kandungan itu berkualiti.

Komponen ketiga ialah pengukuran kandungan.

Selepas kandungan dipost, prestasi kandungan perlu dianalisis. Ini membantu bisnes mengetahui kandungan mana yang berkesan dan kandungan mana yang perlu diperbaiki.

Antara metrik yang boleh dilihat ialah jumlah tontonan, likes, komen, perkongsian, dan juga jualan atau pendaftaran yang terhasil daripada kandungan tersebut.

Daripada analisis ini, bisnes boleh memperbaiki kandungan pada masa hadapan supaya lebih efektif.

Untuk membina strategi kandungan yang baik, terdapat beberapa langkah penting.

Pertama, tetapkan matlamat yang jelas. Sama ada untuk meningkatkan kesedaran jenama, menarik pelawat ke laman web, atau meningkatkan jualan.

Kedua, pilih format kandungan yang sesuai seperti video, artikel, infografik, poster, atau emel.

Ketiga, pilih platform yang betul berdasarkan di mana audiens banyak menghabiskan masa.

Keempat, gunakan metrik untuk menilai kejayaan kandungan dan jadikan data sebagai panduan untuk penambahbaikan.

Kesimpulannya, strategi kandungan bukan tentang kekerapan post, tetapi tentang perancangan yang bijak. Sebelum memuat naik kandungan, pemasar perlu mempunyai senarai semak untuk memastikan kandungan tersebut berkualiti, relevan, dan selari dengan matlamat jenama.

Selepas kandungan dipost, pemantauan terhadap tahap interaksi seperti likes, komen, dan perkongsian sangat penting kerana ia membantu memperbaiki strategi kandungan pada masa hadapan.

@withmindiw Consist up content belum tentu #fyp‼️ Coba deh praktekin ilmu “Content Strategy” kali aja bisa bantu growth account kalian? who knows?👀 #contentplan #contentplanning #contentplanner #socmedspecialist ♬ thats so true bridge - charlotte⸆⸉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Articles You'll Enjoy

View All
Let's Connect
Please fill up the form and our specialist will reach out to you as soon as possible.