Dalam dunia digital yang semakin berkembang, sekadar posting content sahaja tidak mencukupi. Perniagaan memerlukan perancangan yang jelas dan strategi yang kukuh untuk menonjol. Di sinilah pentingnya strategic digital marketing.
Digital marketing adalah kaedah mempromosikan produk atau perkhidmatan melalui pelbagai platform digital. Pendekatan ini membolehkan perniagaan berinteraksi dengan pelanggan secara real-time dan dengan jauh lebih efektif.
Perbezaan Struktur Antara Pemasaran Tradisional & Pemasaran Digital:
Traditional Marketing menggunakan medium fizikal seperti TV, radio, dan surat khabar.
Digital Marketing memanfaatkan medium moden seperti media sosial, website, dan carian Google.
Model SOSTAC adalah framework penting yang menjadi panduan utama dalam menguruskan pemasaran digital secara sistematik:
Menilai keadaan semasa perniagaan — Di mana kedudukan kita sekarang?
Menetapkan hala tuju perniagaan — Apa yang ingin kita capai?
Merancang pelan tindakan utama — Bagaimana cara untuk kita mencapainya?
Memilih instrumen pemasaran — Platform atau tools apa yang akan digunakan?
Pelaksanaan pelan kerja secara terperinci — Siapa yang akan buat apa dan bila?
Pemantauan dan kawalan — Bagaimana cara untuk kita mengukur tahap kejayaan?
Tanpa strategi yang rapi, pemasaran akan menjadi tidak terarah dan membazirkan sumber syarikat. Penggunaan framework SOSTAC memberikan kelebihan besar dalam memastikan setiap usaha memberi hasil yang maksimum.
Pemasaran digital membolehkan produk atau perkhidmatan dipromosikan secara meluas merentasi pelbagai saluran utama dalam ekosistem internet: