Dalam dunia bisnes, especially bila cakap pasal jenama besar seperti McDonald’s, Tealive, 7-Eleven atau KFC, kita selalu dengar perkataan franchise, franchisor, dan franchisee.
Tapi ramai masih keliru apa maksud setiap satu dan bagaimana sistem ini sebenarnya berfungsi.

Kalau anda sedang mengurus bisnes, nak jadi franchisee, atau sekadar nak faham model pemasaran moden, artikel ini akan terangkan dengan sangat ringkas dan jelas
Apa Itu Franchise?
Franchise ialah model perniagaan di mana satu pihak (franchisor) memberi hak kepada pihak lain (franchisee) untuk menggunakan brand, sistem operasi, produk, SOP, pemasaran dan model bisnes mereka.
Senang cerita:
➡ Franchise = bisnes ready-made
➡ Dah ada sistem, dah ada brand, dah ada pelanggan
➡ Anda hanya perlu sediakan modal & ikut SOP
Contoh franchise terkenal di Malaysia:
- McDonald’s
- Marrybrown
- OldTown White Coffee
- Tealive
- 7-Eleven
Dalam model franchise, ada dua pihak penting: franchisor & franchisee.

Siapa Itu Franchisor?
Franchisor= pemilik brand.
Mereka adalah pihak yang:
✔ mencipta sistem bisnes
✔ membangunkan produk
✔ menyediakan SOP
✔ buat pemasaran besar-besaran
✔ melatih franchisee
✔ menjaga kualiti brand
Franchisor tidak operate semua kedai sendiri, tetapi membuka peluang kepada orang luar membuka cawangan menggunakan jenama mereka.

Siapa Itu Franchisee?
Franchisee = individu / syarikat yang membeli lesen untuk buka cawangan brand tersebut.
Mereka:
✔ bayar yuran franchise
✔ guna nama brand
✔ ikut SOP franchisor
✔ operate outlet sendiri
✔ untung daripada jualan outlet
Franchisee bukan pekerja franchisor, tetapi mereka adalah pemilik bisnes yang operate outlet di bawah jenama tersebut.
Perbezaan
| Istilah | Maksud | Peranan |
|---|---|---|
| Franchise | Model perniagaan | Sistem yang digunakan oleh franchisor & franchisee |
| Franchisor | Pemilik brand | Bina brand, buat marketing, sediakan SOP, latih franchisee |
| Franchisee | Individu yang beli hak guna brand | Jalankan operasi outlet & buat keuntungan |
Kenapa Model Franchise Popular?
Model franchise semakin popular sebab:
✔ Bisnes dah siap — kurang risiko
Brand dah terkenal, pelanggan dah kenal.
✔ SOP yang jelas
Senang nak buat — tinggal ikut sistem.
✔ Marketing dibuat oleh franchisor
Franchisee tak perlu pening nak buat iklan besar-besaran.
✔ Potensi keuntungan stabil
Sebab brand sudah “trusted”.
✔ Support & training disediakan
Franchisor akan ajar cara operasi.
Kesimpulan
Untuk faham sistem franchise:
- Franchisor = pemilik brand
- Franchisee = orang yang buka cawangan
- Franchise = model bisnesnya
Model ini menghubungkan brand besar dengan usahawan kecil supaya kedua-duanya boleh berkembang.
Kalau anda sedang fikir nak masuk dunia franchise, fahamkan peranan ini adalah langkah pertama sebelum buat keputusan besar.

